Latar belakang Dahagi Bounty

Rencana utama: HMS Bounty

Kapal Bounty merupakan sebuah kapal collier yang dibeli pihak Tentera Laut Diraja British tahun 1787[1] untuk mengangkut pokok-pokok kulur dari "Otaheite" di kepulauan Polinesia di Lautan Pasifik ke jajahan-jajahan Hindia Barat British untuk membekalkan sumber makanan murah dan banyak kepada hamba-hamba abdi sana;[2] pekerjaan ini ditaja Joseph Banks selaku presiden Royal Society.[2] Binaan kapal Bounty diubahsuai di bawah pengawasan Banks di Limbungan Deptford di Sungai Thames di mana kabin besar yang biasanya untuk kapten kapal diubah menjadi rumah hijau untuk lebih dari seribu tanaman sukun, dengan tingkap kaca, lampu langit, dan sistem dek dan saliran tertutup untuk mencegah pembaziran air tawar; {Sfn|McKinney|1999}} penggunaan ruang untuk tujuan ini dalam suatu kapal agak kecil menyebabkan para anak kapal dan pegawai terpaksa berhimpit sesak teruk selama perjalanan panjang ini.[3]

Banks mengamanahkan Leftenan William Bligh[4] yang pada usia 21 tahun sudah berpengalaman dalam pelayaran ketiga dan terakhir Kapten James Cook (1776-80) sebagai bertugas sebagai master pelayaran, atau ketua pengemudi kapal HMS Resolution;[n 1] namun Bligh sangsi bahawa sumbangannya tidak diakui dengan tepat dalam catatan rasmi ekspedisi ini[7] lagi-lagi dengan pengurangan tenaga kerja Tentera Laut Diraja berikutan tamatnya Perang Kemerdekaan Amerika selama lapan tahun pada 1783.[4]